RAMUAN

Hidup ni ada macam2 ramuan
Kadang terasa manis
Kadang terasa pahit
Kadang terasa masin
Kadang terasa payau
Kadang terasa tawar
Kadang terasa kelat
Dan ada macam2 lagi rasa

Hidup ni bukan berlandas pada satu rasa
Mungkin sebab itu
Allah kurniakan perasaan pada setiap manusia
Terpulang pada manusia bagaimana nak campurkan semuan ramuan yang sedia ada



Tapi kalau sakit macam mana ?
Selagi kau hidup
Ramuan yang kau perlu hadapi selepas itu adalah ubat

Kenapa ubat ?
Mungkin ramuan ubatan dapat sembuhkan penyakit dan
Dengan pertolongan Allah 😊

Bila mana Allah berikan rasa sakit pada tubuh sama ada dapat dilihat dengan mata kasar atau pon tidak
Kau percayalah bahawa Allah ingin menguji kau
Seperti mana Allah menguji perasaan kau terhadap manusia
Faham tak apa aku cuba sampaikan ?

Sebab kesakitan itu lah penghapus setiap dosa2 yang pernah kita lakukan

Bila ramuan ubatan bercampur dengan kasih dan sayang
Tak mustahil penyakit yang kau hadapi boleh sembuh
Betul tak ?

Yakin pada siapa yang mencipta Kita.

Allah.

Pastikanlah ramuan itu datangnya dari ramuan yang " halal" dan " berkhasiat" 😊
Tatkala ramuan yang dicampurkan telah sebati dalam jiwa
Ia akan membentuk hati kau

Ape yang zahir kita lakukan
Itulah dari hati kita
Bentuk hati kita dari ramuan yang baik
Nescaya hati kita pon akan cantik

Walaupun kita masing2 ada sejarah silam
Yang sejarah tak akan berulang
Tapi masa depan kita perlu hadapi dengan tenang inshaAllah

Tinta dari saya
Kerja malam kedua
Hikss



Saya hanya harap satu jek
Allah bantu saya sediakan ramuan untuk saya terus kuat hadapi masa depan saya dan tinggalkan masa lalu

Allah dulu kau berikan aku bahagia
Lalu kau ambil dariku
Yang tinggal hanya racun

Lalu aku ingin mengemis lagi dari mu
Penawar merawat luka Aku.

ZafirahOthman 😊

Comments

Popular Posts