Kami Misi !
Dah 5 bulan 1 hari rasmi jadi jururawat..
Ermm
Dulu belajar sebab terpaksa sekarang saya kerja kerana Allah
Walaupun ujian, dugaan yang datang macam2 ..
Ujian yg dtg macam2 jenis ..
Aku pon manusia..
Manusia yang ditugaskan merawat manusia..
Manusia yang tetap punya rasa ..
Rasa marah..
Rasa gembira..
Rasa sedih..
Rasa geram..
Manusia yang ada macam2 perasaan..
Perasaan yang kadang2 susah untuk diri sendiri terjemahkan..
Nak mula dari mana ?..
Dah nak masuk 6 bulan rupanya..
Apa agaknya yang aku belajar kan..
Aku harap..
Aku boleh berikan yang terbaik ..
Kadang2 terfikir..
Kita dok kalut sibuk jaga pesakit..
Yang nak perhatian..
Nak itu nak ini..
Layan dengan sabar * kadang2 hilang terbang melayang sabar aku haha..
Tapi..
Kalau abah atau mak atau keluarga kita yang sakit...
Em mungkin kami akan jadi orang terakhir yang melihat mereka..
Andai kalian tahu pengorbanan kami ni sebesar mana..
Seikhlas mana kami bekerja ..
Itu urusan kami dengan tuhan..
Tapi saat keluarga kami memerlukan kami..
Kami buknla jururawat pertama yang menyentuh mereka..
Bukan kami..
Allah kau ikhlaskan kami..
Jadi kan perkejaan kami ini semulia2 perkerjaan..
Walaupun kadang2 dosa dan pahala kami lakukan sama banyak tanpa kami sedar..
Sedangkan hati ini ingin mengejar pahala..
Mak abah..
Adik dengan akak ziha mungkin bukan misi pertama yang akan.. rawat mak dgn abah masa mak abah sakit..
Maafkan kami..
Doakan kami sentiasa dimudahkan segala urusan..
Doakan anakMu yang sorang ni dipermudahkan cara kerjanya..
Kerana anakmu ini baru memulakan kerjaya..
Aku tahu..
Aku tahu abah tak pernah putus doa untuk anak2nya..
Maafkan adik abah..
Sebab kene tanggung dosa2 adik yang tak terhitung banyaknya..
Semoga syurga buat mak dan abah nanti..
Dari anak kamu yang jauh ! ..
Haha jauh sgt..

Comments
Post a Comment