Syawal dan Buat Dia...

Assalamualaikum....

Alhamdulilah masih diberi kesempatan masa dan ruang lagi sampai saat dan ketika ini
Ramadhan dah berlalu meninggalkan kita
Meninggalkan kita dengan cepat sekali

Kali ni..raya pertama aku tanpa keluarga disisi
Yang hanya ada disisi aku saat satu syawal adalah rakan seperjuangan dan pesakit2 yang lebih memerlukan

Rintihan hati tiada siapa yang tahu
Air mata mengalir sehingga ke detik ini
Dah takdir
Dah takdir aku menjadi seorang jururawat
Merawat orang tanpa mengira waktu

Dulu lain sekarang lain
Dulu aku pelatih jururawat
Yang masih ada kesempatan untuk bersama keluarga bersuka ria
Sekarang aku dah ada tanggangjawab
Dan semua ni perlukan pengorbanan


Walaupun tahun lepas beraya sebagai student
Aku ada " seseorang" ..
Seseorang yg aku sayangi
Tapi tahun ni
Tahun ni dia dah takda
Dia dah pergi
Mungkin dia dah jumpa yang lebih baik dah lebih suci dari aku
Sebab aku manusia yang hina..tak sempurna
Janji tinggal janji
Hati sape tak sedih kenangan tiga tahun terpaksa dilupakan
Tapi apakan daya
Hati manusia ..bukan hak aku nak paksa orang untuk menyanyangi aku

Walaupun susah nak lupakan semuanya
Tapi aku cuba seboleh mungkin
Sebab dia sendiri yang pilih untuk menjadi kawan aku bukan kekasih lagi
Semuanya atas diri dia
Dia yang memilih untuk menjadi kawan sedangkan dulu dia pernah berjanji untuk "kawin" hu hu hu hu so sad fyra
Tapi kita hanya manusia
Hanya mampu merancang
Allah maha Esa yang menentukan segalanya
Allah sebaik2 perancang atas dunia ini


Buat dia
Walaupun dia tak tahu dan tak boleh baca blog ni
Walaupun aku berusaha apa cara sekalipun
Walaupun aku kata aku rindu aku sayang pada kau macam mana sekalipun
Kalau kau sendiri menolak rasa sayang aku
Semuanya dah tak ada guna
Mungkin aku baru tersedar dari lena yang sangat2 panjang
Dibuai rasa keseronokkan dunia yang sementara
Sehingga diri aku sendiri menjadi mangsa
Mungkin kau rasa aku bukan seorang perempuan yang baik
Ya aku sedar aku bukan org yg baik
Tapi aku tahu apa yang aku lakukan
Kau lelaki aku perempuan
Kita berbeza.kau tak rasa apa aku rasa
Kita berpisah tanpa kata yang kukuh
Tapi.
Aku terima
Terima kasih ahmad aizuddin
Terima kasih pernah hadir dalam hidup zafirah walaupun sementara
Terima kasih pernah ceriakan hari2 zafirah suatu ketika dahulu
Terima kasih pernah lukakan zafirah
Terima kasih pernah bagi sokongan pada zafirah
Terima kasih pernah muncul dan pergi dalam hidup aku

Buat dia..
Aku sendiri tak pernah terfikir untuk buat ape yang aku pernah buat dahulu
Sesungguhnya segala dosa2 aku atas diriku dan orang tua ku
Dan untuk dia..
Aku tak mampu ..nak kembalikan apa yang kau dh beri
Aku tak mampu nak call atau mesej kau nyatakan hasrat hati aku
Aku tak minta banyak
Aku mintak kau halalkan segalanya..ampunkan salah silap aku
Dan aku halalkan segalanya yang aku dah berikan

Buat dia..
Apa yang kita lakukan dulu
Biarlah hanya antara kita yang tahu
Mungjin jodoh kita setakat masa yang lepas
Semoga kau jumpa seorang perempuan yang boleh memberi kebahagiaan dan yg boleh membimbing kau ke jalan Allah

Hati aku cukup sayang nak melepaskan
Tapi aku perlu mejaga mauah aku
Sesungguhnya Allah menentukan segalanya

#Ya Allah dia mungkin yang terbaik..tapi mungkin kau dah tentukan dia bukan jodoh aku
Sesungguhnya hanya padaMu aku bermohon
Permudahkanlah urusan aku yang seterusnya walau siapa pon jodoh aku selepas ini...

(Zafirah)
Menangis terok! Ha ha

Comments

Popular Posts