Bicara Soal Hati

Hati
Bicara soal hati
Hati mana tak terusik
Andai setiap pertanyaan meninggalkan kesan

Bicara soal hati
Hati mana yang nak keseorangan

Bicara soal hati
Hati mana yang tidak inginkan teman

Bicara soal hati
Tidak pernah habis sampai mati

Banyak lagi masa aku perlukan untuk merawat luka
Bukan semudah yang lain yang mudah mendapat pengganti

Saat aku senyum ketawa
Jauh disudut hati aku sedang merawat luka
Kerana aku tahu setiap sedih ku
Tak semua perlu tahu

Aku dah cukup kuat melangkah pergi
Dengan hanya dibekalkan kata2 semangat dari sahabat

Andai ingatan aku ditarik untuk aku lupakan kenangan
Aku terima dengan hati terbuka
Kerana aku pasti hati aku dah cukup terluka

Jangan tambah kelukaan ini
Dan aku hanya menunggu
Menunggu penawar merawat sepenuh luka ku

Siapa pon yang datang padaku
Aku harap boleh menerima diri ini dengan penuh kesabaran
Dan datanglah dengan penawar yang boleh merawat luka Hati aku.



*#*# Fyraa still trying to be a good person.

Comments

Popular Posts