Perhentian Island 2D1N

Bismillah....


30hb april 2017

6.30 am
Bertolak dari homestay dkat area pasir puteh
Sebab sehari sebelum tu pergi wedding kawan
So pagi tu kira kita orang bertolak ke jeti Kuala besut terus la dari homestay tu
Dekat sangat la kan
Sebab kita orang nak naik bot pukul 8pagi

So lepas dah siap2 kemas ape semua
Terus ke jeti Kuala Besut
Sarapan pagi
Then pergi agensi yang kami amik pakej tu untuk naik bot

Kita orang amik pakej 2 hari 1 malam untuk :
Chalet- Ayumni Hotel dekat Pulau besar sebab nak ketenangan
Boat-pergi balik
Snorkelling -2.30ptg hari yang kita orang bertolak tu

So windmill memang tak termasuk dalam pakej
Windmill tu kincir angin la
Tempat yang kononya kene pergi la kan dekat Long Beach
Long beach (pulau kecil ke perhentian kecil mcm tu la ) hehehe


Kita orang pilih untuk tinggal area pulau Besar sebab kita orang nak kedamaian
Pulau Besar sesuai untuk orang yang inginkan ketenangan
Dan jauh dari bising la macam tu
Kalau duduk pulau kecil memang havoc citernya sebabnya pulau kecil mmg ada hiburan
Samudera pon ada hiburan tapi kene tido dalam khemah la hehe
Samudera biasa tempat2 untuk dia orang buat "private party"
Tetttttt


Sebelum naik bot kene ada permit ke sana
Rm5
Tu memang bukan termasuk pakej la
Kene bayar personal




Ni gamba masa tunggu bot




So kita orang naik bot pukul 8 pagi 8 lebih macam tu
Sampai jek Pulau besar dalam 9 lebih
Terus pergi Ayumni
Nak check in awal lagi
So letak beg dekat hotel
Cari bot untuk ke perhentian kecil sebabnya nak naik kincir angin
Nak naik kincir angin kira mcam dah hiking tau tak sebab lalu hutan bukan lalu tangga yang tinggi tu
Tapi masih boleh pergi dekat tempat tangga tu nak tengok Laut yang indah cantik dan permai
Haaa gitu hehehe


So ni masa baru sampai Pulau besar
Dia punya teruja
MasyaAllah !
Dah la lawa
Memang lawa lah !
Hehe



Kita orang datang awal even dah tahu tak boleh nak check in lagi
So kita orang letak barang dekat hotel
Lepastu usha2 bot
Mintak hantar ke Long Beach nak naik kincir angin
Yela tak kan dah datang xnak naik kan
Sebabnya kincir angin tak termasuk dalam pakej kita orang
So kita orang plan sendiri aktiviti

Amik bot kesana rm70 utk 3 orang(tapi dia kira satu bot pergi balik la )



Atas bot pon dah kemain rancak bergambar hehehe







So sampai2 sana memang nampak dah la orang2 bersuka ria haa..
Banyak khemah2 semua


Ni gamba dekat tepi jeti kat pulau kecil
Lawanya masyaAllah !








Lepastu kita orang terus cari jalan nak pegi kincir angin
Dah macam hiking tau tak nak boleh sampai atas tu even tak tinggi mana




Disajikan dengan pemandangan yang indah
Sebabtu ramai yang nak naik atas ni kan


So lepastu kita orang terus turun
Sebab awal lagi kalau nak balik pulau besar masa tu
Minum2 dulu
Haa biasa la kalau duduk pulau ni
Sediakan cash banyak sikit la ea
Air teh o ais secawan dah rm4
Haaaaaaaa





Dalam pukul 12 lebih macam tu
Kita orang call boat man
Suruh amik untuk balik ke Pulau Besar sebab nak check in hotel

Lepas check in kemas2 barang
Tukar baju
Main air dulu la sementara nak tunggu pukul 2.30 petang



2.30 petang :

Masa yang ditunggu2
Aku kan takut dengan air Laut
So aku beranikan jugak la diri yang tak berapa nak berani ni snorkelling

First check point dia bawak kat Fish point kot ( hahahahaha)
Ehh aku rasa ketor la kepala lutut sebab xretikan

Member dua orang dah kemain jauh
Then abang boat man dari bot lain ajar la kan
Daripada xberani
Daripada zero giler
First time hokey
Sebab aku memang fobia betul dengan laut !

Memang kene gelak jek la
Dah tak reti kan
Tapi nak habaq dia punya sabarnya dengan kekalutan aku ni (hahahahhaa) mmg baguih sungguh la
Maaf la naa kalau terpegang
Terpaksa ni,darurat kalau tak hanyut dek ombak aku (haa tipu kan) hahahaha

Terima kasih sungguh !
Anggap kami ni adik2 la ya yang baru nak belajar
Eceehhhhh hiksss



So kita belanja sikit la gamba kita even xbnyak
Sebab kita fokus dengar abg tu cakap(kahkahkah bohong btol)
Padehal kita ni takut burn hahah






Gambar last ni dekat Lata Berani
Kat sini ada air tawar walaupun air laut tu masin
Mmg tawar tau aku dah rasa hehe
Kononya punca air tawar ni memang tak dijumpai dari mana
Mitos kata air tawar yang dekat dgn air masin ni biasanya penawar
Wallahualam.....






Lepastu mintak boat man yang bawak kita orang pergi singgah kampung nelayan kejap nak beli makanan bawak balik pulau besar


Makan nasik minyak boh
Dengan minum2 air kelapa
Nikmatnyaaaaaa


Then balik hotel mandi2
Rehat2


Terlajak rehat sampai 10.30 malam
Bangun2 cari makanan
Melantak megi la sebab Pulau Besar time tu dah sunyi kesepian walaupun ada lagi mat salleh minah salleh landing tepi pantai lagi time tu

Kita orang menikmati maggi kat tepi pantai tau hehe


Lepastu amik angin tepi pantai
Tiba2 nampak bunga api dengan ape ntah terbang2 kat langit(benda bercahaya la kan)
Memang eksited la
Tapi nak pergi ke tempat tu kita orang takut la sebab mmg gelak n xtahu jalan


Then tengah menikmati angin malam
Ada org lalu dari area bunga api tu
Kita orang tanya la macam mana nak pergi ke sana

Sebabnya kalau area pulau besar ni dia buat konsert memang kene maki je rasanya sebab tempat tu banyak chalet n hotel
Mmg dikenali sebagai tempat ketenangan


Nak boleh ke tempat tu kene lalu tempat yang boleh dikatakan seram la sebab kene lalu tangga lama tapi mcam dekat pokok2
Haaa kalau kita orang jek memang tak pergi aku tempat tu


Kene lalu dua tangga tau
N jarak antara tangga tu jauh jugak la
Mcm dari satu beach ke satu beach


Sampai je kat tempat tu memang nampak dah la kemeriahannya
Bukan meriah biasa2 ni
Konsert tunjuk langit betul weh

Lepastu melepak dekat unggun api
Dh 1 lebih baru balik(1 pagi)
Tu pon xterus balik
Siap melepak tepi jeti lagi tau
Sampai 3 lebih





Balik2 memang tido terus


1 april :

Bot nak balik jeti dalam pkol 12

Bangon2 tido pagi tu terus padatkan dgn aktiviti
Sarapan nasi kerabu boh
Sewa life jacket dgn google
Then snorkelling area pulau besar ni

Pkol 11 pagi naik
Kemas2 barang
Bersiap nak balik


Sambil2 tunggu bot
Let's take a selfie 😂





Lepas balik perhentian singgah bekwoh kawan pulak
Rasa la kan kenduri pantai timur macam mana




Petang tu sempat hiking bukit keluang 😂





Fuhhhh
Seyesly puas n berbaloi
Sampai ampang pukul 5 pagi


Harap boleh repeat lagi nanti dengan yang tersayang
Chewahhhhhh

Comments

Popular Posts