Ekspedisi Gunung Berembun-Gua kambing-B24 Liberator -Telapak Buruk Jolobu



Bismillah...
Assalamualaikum !

15 januari 2017..
The most memorable hiking trip ever and ever weh !!!


The Trek

Height : 3326 feet ( 1014 meter) N2.80307 E102.05607
Location : Kampung Pantai Baharu (Near Jelebu), Negeri Sembilan
Usually it takes
Distance : about 5.3 KM

Dari awal bulan punya planning nak hiking berembun ni
Memang embun betol aku rasa
Sejuk dingin2 gitu..

Dari kl dalam pukul 5 pagi
Then sampai balai polis pantai dalam pukul 6
Lapor diri ..
Dari kl aku, edeera, dr.Neehad n sr. Faridah
Singgah solat subuh
Lepastu sempat la breakfast roti telur dengan teh tarik weh ! Hahaha
Memang aku agak dah ,dengan perut kenyang gatal nak hiking hahaha
Pastu siap tapau bihun bagai.. Eeeee !hahaha
Hyperventilation jek rasa ! 😂😂😂😂





Then siap2 makan jumpa geng dari nogori
Kumpul dekat Loji
Kira starting point dari Loji la kita orang ni
Line up seperti gambar diatas
Tak sompat aih eden nak kiro hahaha
Baca2 doa
Then dengan lafaz bismillah 7.30am kita korang start hiking !..

Dalam sejam jugak la santai2 nak ke Lata berembun ni..
Tak rasa pewai mana masa ni sebab trek cool jek lagi..
Haa masa tu rasa selamat jek
Tengok orang lain jalan kemain laju jek
Fuhh..
Tapi masa sampai dekat Lata Berembun tu ramai yang tengah "bercamping" jadinyer kita orang tak berhenti la
Sebab sana sini ada khemah
Teruskan perjalanan ke Gua Kambing
Nak pergi Gua Kambing ni kene lalu batang kayu yang besau sebab ada air terjun la kan..
Si belanja sikit gamba dekat jambatan pokok ni hehe





Jalan nak ke Gua Kambing ni banyak merentasi laluan air2 sikit2 la
Pastu jalan kecik jek
Kalau jatuh ketepi
Ermm tak tahu la sape nak pergi selamatkan 😅😅
Geng muda mudi dah jalan awal dah kat Gua Kambing
Kita orang kat belakang tengah struggle lagi jalan
Trek memang tak banyak pacak tapi banyak pacat lintah hahaha
Tak pacak pon pewai bole tahan woi !
Tak tahu nak describe la weh perasaan naik berembun ni
Rasa macam Bukit Kutu dah pewai nak mati dah aku
Rupanya hat ni lagi xpacak pon pewai gila !
Hahaha tapi seronok !

Dari Lata Berembun ke Gua Kambing tak tengok jam
Kikiki
So sampai2 jek dia orang dah rilek2
Kita orang baru nak rilek
Kaki sister kene gigit lintah
Yang kene memang konpem jerit la
Yang tak kene pon menjerit weh ! Hahaha
Geli geleman
So belanja gamba dekat Gua Kambing pulak ea
Sejarah Gua Kambing ni tak tahu la pulak ek
Korang cari sendiri jek la ea hehe




Lepas dah rehat2
Rehat kejap jek ! 😭😭😭😭
Dah kene gerak semula
Sebelum tu aku dah rasa macam hyperventilation sangat ahh
Memang nak haba nak hembus sedut nafas jek guna tuala
Tak berkesan mana la citernya 😅😅
Lepas Gua Kambing ni
Trek terus pacak giler2 ahh !
Aku tengok dari bawah jek dah telan air liur weh !
Lembik rasa lutut ni 😂😂
Dengan tanah rapuhnya
Allahu ! 😭💪💪💪💪

Tapi Alhamudlilah dapat naik jugak la
Haa ni nak teruskan perjalanan Dari Gua Kambing ke Puncak Gunung Berembun
Puncak berembun ni tak macam gunung datuk or bukit kutu or gunung angsi ke
Puncak berembun ni landai je dan boleh rehat2 sementara nak sambung perjalanan pergi Telapak Buruk pulak !
Punya la banyak checkpoint !


Safely arrived Puncak Gunung Berembun !
Ni pon sama macam Gua Kambing
Orang lain dah lama giler rehat
Aku and geng dari kl ni baru sampai
Baru sampai,baru rehat bape minit dah gerak semula
MasyaAllah patot pon koyak rabak muscle aku 😭😭😭
Time ni masing2 check ada tak kene gigit pacat ke lintah
Aku takut jugak tapi taknak check
Takut nanti terjerit ! Hahah

Penat2 pon sempat lagi tau selfie ! Hahaha
Ni gamba kita orang yang dah kene tinggal dengan geng lagi satu hehehe




kita orang teruskan balik perjalanan menuju Telapak Buruk
Trek dari Puncak Berembun ke telapak Buruk ni boleh tahan pewai weh !
Turun naik jek treknyer
Masa jalan mendatar rilek lagi aku,tiba dapat jalan pacak
Terus nak nangis 😭😂😂😂
Jenis jalan santai ke memang nak berlenggang lenggok ke aku pon tak tahu la weh
Hahaha

Okey masa sampai dekat tempat dia orang rehat tu leganya MasyaAllah !
Fuhhh !
Sampai2 jek dia orang dah tengok dah kesan2 peninggalan atau bangkai kapal terbang yang ada
Hat ni ada sejarahnya yang tersendiri la
Betapa lamanya masa yang dia orang ambik untuk jumpa bangkai ni dan betapa lamanya mayat yang ada baru diambil dan betapa banyaknya pacat katanya
Erkkk

Lepas dah rilek2 kat atas
Kita orang batch kedua ni baru turun tengok kesan2 peninggalan yang ada
Becareful ada ular dan sama waktu dengannya hehe




Atas ni gamba2 masa dekat atas lagi
Belum turun aircrash site
Bawah ni gamba2 masa dekat air crash site
A litte bit dangerous sebab ada ular
Biasa la hutan kan..



Ni sikit la sejarah pasal kapal terbang ni..



Sedikit info yang saya ambil dari blog krelhiker
"Sebahagian pesawat telah ditemui pada tahun 1996 di Negeri sembilan sebelum ‘pencarian rasmi’ pada 22 Disember 2006. Seterusnya, ekspedisi kedua pada 29 Ogos 2009 sebelum 80 cebisan tulang krew kapal terbang diserahkan kepada Kapten Kenneth Taylor, Penasihat Pertahanan Tentera British dan disemadikan di Commonwealth Military Cemetery, Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2012, sambil disaksikan oleh waris dan ahli keluarga krew terlibat".. Nak tahu lebih lanjut search la ek hehehe

Lepas naik jek kita orang makan2 kejap
Geng lagi satu dah turun ke Gunung Berembun
Dia orang makan2 dekat sana
Masa kita orang sampai tu dia orang dah siap makan dah
Nasib baik masa kat atas kita orang dah siap makan..makan bihun tau ! Hehehe
Then 3.30pm camtu kita orang turun
Sampai2 Loji dah 6.40 pm !
11 jam !
Kalau yang dah biasa mesti boleh make it short betul tak ?

Tak sanggup aih teman.. Hehe

Lain2 ni gamba2 masa perjalanan hehe






Sepanjang perjalanan dari Bawah sampai ler ke atas.. Korang akan jumpa this sign " NO SAMPAH " sebabtu bersih jek kot kawasan ni

Info tambahan:
Jangan lupa bawa first aid, glove, tongkat, extra water & foods. Di sini juga banyak giler pacat, bersiap sedialah huhuhu.

Dan jangan sampai tersalah gunung
Sebab dekat Malaysia ada 3 gunung berembun yg berbeza tempat tapi nama yang sama



1. Gunung Berembun (CBL), Terengganu
2. Gunung Berembun, Negeri Sembilan
3. Gunung Berembun, Cameron Highland


And I found this all the track

Enjoy your day Enjoy your pain guys 😅😂😅😂

Thanks for All line up.

Comments

Popular Posts