Saat malam Melabuhkan Tirai

Aku sangkakan panas sampai ke petang...
Rupanya kau turun kan hujan di tengahari..
Lalu aku terus terusan berharap...
Kau akan hadirkan pelangi...
Pelangi yang akan mewarnai hidup aku kembali...
Tak puas lagi aku menghitung bintang dilangit..
Kerana keindahannya..
Kerana jaraknya...
Tetap nampak keindahannya walau ia jauh beribu batu dari zahirku...
Tetap tak jemu memandang walau aku tak mampu menyentuh..
Tetap ingin memandang walau ia tak kelihatan...
Tak puas lagi aku menunggu masa..
Masa yang menentukan masa depan ku..
Tak puas lagi berfikir..
Apa yang aku telah lakukan dahulu ..
Tak puas lagi berfikir...
Apa yang aku akan lakukan nanti...
Mudahnya kau lafaz kata cinta..
Tapi kau tak memaknakannya...
Mudahnya kau memberi kasih...
Tapi kau tak ikhlas ketika memberi...
Andai kau lihat rupa hati ini...
Mungkin kau yang akan menangis..
Bukan aku...
Kerana aku dah tak mampu menanggung pilu...
Kenapa aku tetap kasih pada yang sama ??
Mungkin terlalu setia...
Mungkin jua aku terlalu bodoh...
Andai bukan aku yang pergi dulu...
Kau berikanlah aku merasa bahagia dan membahagiakan...
Andai aku pergi dulu...
Kau ampunkan dosa2 aku...
Mungkin tak terhitung dosaku...
Mungkin tak terampun dosaku...
Tapi tetaplah berikan aku kesempatan memohon ampun dariMu..
Mungkin sudah tertutup pintu hati aku untuk sesiapa pon..
Tapi andai terus terusan berhasrat... Doa lah... Agar aku tetap milikmu...
Bukan mudah buat aku melupakan...
Dan...
Bukan mudah buat aku menerima kasih yang baru...
Sebab ape. ..

Sebab disebalik nama ni...
Ada satu nama...
Nama yang aku sayang...
Tapi dia dah pilih untuk tinggalkan aku...
Dia dah pilih untuk sendiri...
Dia dah pilih untuk melupakan...
Dia dah pilih jodoh dia sendiri....
Maaf andai aku tetap kasihkan pada yg sama..
Sebab aku sentiasa berusaha melupakan...
Sebab aku sentiasa berusaha untuk berjauhan...
Untuk bagi dia ruang bahagia..
Untuk bagi dia ruang tanpa aku...
Untuk tidak membebankan dia..
Maaf untuk segalanya...
Sebab malam dah semakin gelap..
Dan cahaya semakin malap...
Comments
Post a Comment